I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 14, 2011

x de sivik pnye org! org kite wajah bru la!


Siapa yang tidak kenal dengan aiskrim dalam gambar diatas adalah seperti katak bawah tempurung rasanya. Semua orang kenal dan boleh dikatakan semua orang pernah menikmatinya. Tapi sejak aku mendengar cerita bagaimana kotornya cara penyediaan aiskrim tersebut dan yang menjual pun tidak menitikberatkan kebersihan terus sahaja aku melarang anak-anak aku membelinya. Jika nak makan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim bermotosikal, beli sahaja yang berbungkus seperti cornetto dan lain-lain.

Kisah diceritakan oleh bapa saudara yang nampak dengan matanya sendiri bagaimana si penjual aiskrim yang dengan selamba berhenti buang air kecil dicelah-celah pokok dan tanpa membasuhnya kemudian terus memegang kon aiskrim tersebut untuk dijual pada kanak-kanak. Bayangkan la ye.... Eeeeyyy..Gelinya. Hehehehe.
Cara pembuatan aiskrim pun kita tak lagi bagaimana. Aiskrim yang berjenama dan dibungkus dengan kemas serta mempunyai pengesahan halal tak perlu kita ragu-ragu untuk menikmatinya. Kerana saya percaya semua orang gemar makan aiskrim dan ada yang obses dengan aiskrim. Namun, sanggup lagi ke nak makan ais krim dalam gambar seperti diatas? Sejak saya mendengar cerita mengenainya nak beli di restoran makanan segera yang ada nama pun saya tak lalu. Kalau anda masih berselera dengan penjual yang bawa motosikal tu, silakanlah. Takde siapa melarangnya. 


1 comment:

  1. ia ke....geli dengarnya..anak2 akak memang suka beli ni waktu balik dr sekolah depa...huhu

    ReplyDelete